Hari jadi dalila dah semakin hampir,saya telah membuat persiapan untuk meraihkan hari jadi dalila tanpa pengetahuan dia,harap-harap dia tidak akan marah dengan saya..Ini saja yang saya boleh buat untuk dia,untuk menggembirakan kawan yang tersayang..dalila,kalau kamu ada peluang membaca blog ini,saya harap kamu akan berasa gembira.Saya juga minta maaf banyak-banyak kerana saya tidak dapat teman kamu sepanjang sesi persekolahan kerana sering tidak hadir ke sekolah.Saya rasa kalau yunie dan saya tidak hadir ke sekolah,kamu pasti akan berasa bosan kan?
Waktu saya tahu bahawa hati saya bermasalah,saya rasa susah hati sebernanya..Saya tidak tabah yang disangka oleh orang lain,tetapi apa yang saya tahu saya mesti tabah untuk menghadapinya kerana saya tidak mahu orang yang memberi sokngan dan dorongan untuk saya berasa kecewa.Sewaktu saya berasa gembira,kamu adalah kawan pertama yang saya ingati,saya tidak lupa kita bergurau senda..Saya berharap dapat berjumpa dalila yang gembira pada setiap hari.Saya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai kawan dengan baik,saya berharap dalam tempoh masa yang kita belajar dan bergurau senda bersama saya akan cuba sedaya upaya untuk menggembirakan kamu,ini adalah janji kawan..Kadang kala saya saya dapat rasa yang kamu bosan tetapi saya tidak dapat untuk menggembirakan kamu..Rasa bersalah betul saya pada masa itu..
Saya tidak pernah lupa mesej yang kamu hantar kepada saya "PERSAHABATAN ibarat rumah,tidak perlu cantik...tidak perlu mewah...yang penting kita bahagia di dalamnya..Dalila,saya dah ubah ayatnya..Kawan sebernarnya tidak kira sama ada kaya atau miskin;juga tidak kira masa kita mengenali,yang penting kita akan menjadi kawan yang selamanya..^^saya berharap dalam masa yang akan datang,kita masih dapat masih dapat kekalkan persahabatan kita ..
No comments:
Post a Comment