Semalam saya telah demam pada waktu malam,bagi saya demam adalah perkara yang paling teruk dalam kehidupan.Sakit tulang yang teramat sangat bukan perkara yang senang bagi saya,tapi saya kata dengan diri mesti bertahan sampai saat yang terakhir.Demam akan menguatkan semangat saya untuk teruskan perjuangan saya terhadap diri sendiri..
Semalam saya bersembang dengan dalila melalui telefon bimbit,dalila kata teacher tanya tentang saya..Thanks alot ya,teacher!Saya ni selalu tidak hadir ke sekolah kerana sering tidak sihat,semua mata pelajaran yang saya belajar di sekolah boleh kata tidak secukupnya.Sering tidak ada di dalam kelas sewaktu cikgu ajar,adakah ini tanggungjawab seorang pelajar?Saya mesti belajar berusaha berbanding dengan orang lain,saya telah banyak ketingglan berbanding dengan kawan-kawan..
Semalam waktu saya membawa adik saya balik dari kerja,saya melihat bintang yang ada di langit.Walaupun hanya ada sebutir bintang sahaja,namun ia adalah perkara yang sangat menggembirakan saya.Bagi saya,bintang ada makna yang istimewa bagi saya.Sewaktu rasa tidak gembira,saya suka memandang langit pada waktu malam.Bintang yang ada pada langit bagai semangat untuk saya.Walaupun bintang jauh daripada kita,namun saya kagum dengan semangat mereka yang tidak putus asa.Walaupun hanya sebutir bintang pada langit,tetapi ia telah mencantikkan langit yang tidak bersemangat pada waktu malam..
Hidup kita mesti mengharungi pelbagai rintangan,kita msti belajar seperti bintang yang ada di langit..Bintang,adakah kamu akan menunaikan hasrat sya?Saya berharap kamu akan membawa kebahagiaan kepada orang yang ada di sisi saya..
No comments:
Post a Comment