Friday, November 6, 2009

hidup..生活。life..

Hidup bagai jalan yang amat panjang,kita tidak akan mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya..Tapi apa yana kita boleh lakukan adalah menjalani hidup dengan hati yang tabah serta menghargai segala yang ada di sisi kita semua..
Kita tidak jangka apa yang akan berlaku pada masa depan,tapi apa yang kita boleh buat adalah buat yang terbaik dalam segala perkara.Walaupun kadang-kala kita tidak dapat apa yang kita ingini,tetapi dalam proses berusaha,kita telah belajar banyak perkara serta mendapat pengalaman yang tidak dapat dipelajari dalam buku.
Bagi saya,hidup boleh jadi begitu ringkas sekiranya kita menghargai segala yang ada di sisi..Menghayati sesuatu perkara atau manghadapi masalah dengan hati yang terbuka dapat mengharungi segala kekangan.Tuhan telah memberi peluang untuk saya teruskan kehidupan,saya pernah berjanji sekiranya saya mampu saya akan membantu orang dengan sedaya upaya.
Saya bersyukur kerana ada keluarga,kawan-kawan,guru-guru yang sayang pada saya.Hidup saya penuh dengan kenangan yang manis walaupun penuh dengan pelbagai cabaran.Tanpa kalian,mungkin saya tidak setabah begini.Terima kasih kerana kalian semua telah memberi sokongan,kasih sayang kepada saya selama ini.Saya berjanji saya akan teruskan perjalanan saya dengan tabah dan berani.
Segala yang berlaku adalah ditentukan oleh tuhan,walaupun kita tidak dapat mengelakkannya,tetapi kita boleh hadapinya.Segala yang berlaku dalam kehidupan akan mengajar seseorang menjadi lebih tabah,itulah perkataan yang sering disebut oleh kita-"HIDUP"..

No comments:

Post a Comment