Haha,hari ini saya jumpa teacher di sekolah.Begitu gembiranya bagi saya..Hari ini kelas kita mengadakan jamuan,banyak yang tidak hadir ke sekolah.Nasib baik hari ini ada dalila menjadi teman,kalau tidak saya tidak dapat membayangkan apa yang saya boleh buat nanti...
Hari ini saya sembang dengan dalila,entah kenapa kita akan bincangkan tajuk "kalau saya boleh...."Dalila kata kalau boleh dia nak terbang mengelilingi dunia yang cantik ini.Dalila,saya rasa impian kemu ni mesti akan tercapai,berjaya nanti bolehlah kamu menaiki kapal terbang mengelilingi dunia..^^Saya pula,kalau saya boleh saya ingin membawa kebahagiaan kepada orang lain;memberitahu mereka bahawa dunia ini tidak seteruk yang mereka sangkakan..
Kalau saya boleh membawa segala kepenatan orang lain kan bagus,bolehlah mereka rasa tidak penat.Kalau saya boleh,saya ingin semua orang hidup dengan aman dan gembira maka tidak akan berlaku peperangan yang menyebabkan banyak kanak-kanak menghilangkan ibu bapa mereka yang tersayang.
Kalau boleh,saya akan menjalankan kehidupan yang baru saya dengan bermakna.Menghargai segala yang ada,kerana saya tahu saya mampu mengubahkan hidup saya dengan usaha.Di mana kamahuan,di situ ada jalannya.Saya akan mengingati apa yang saya telah belajar dan menggunakannya dalam hidup saya..
Sekarang dalam fikiran saya,yang lalu telah berlalu kita tidak dapat kembali pada waktu itu.Yang pentingnya dalam kenangan ,ia begitu unik dan akan berada dalam hati saya buat selamanya...
No comments:
Post a Comment