Friday, November 6, 2009

jaga diri baik-baik tau..

Yeah,akhirnya dah habis exam.Sebenarnya dalam exam ini ,saya tidak dapat melakukan yang terbaik.Apabila fikir semula kertas ekonomi,betul-betul rasa bersalah..Saya tidak akan berputus asa dengan begitu sahaja,saya akan belajar bersungguh-sungguh agar dapat keputusan yang cemerlang pada tahun hadapan..
Kebelakangan ini,semua guru di sekolah mula sibuk dengan kerja tanda kertas..Hari itu jumpa puan afiqah sibuk dengan kerja tanda kertas,mesti penat kan..Setiap kali saya berjumpa dengan teacher,teacher mesti sibuk punya.Teacher,jangan lupa jaga kesihatan diri baik-baik.Minum air yang banyak dapat membekalkan oksigen yang secukupnya untuk badan.Kalau rasa letih jangan memaksa diri untuk teruskan bekerja..
Bagi kawan-kawan pula,selepas habis ujian mesti ada banyak aktiviti yang hendak dijalankan..Kalau boleh,saya juga nak sertai bersama-sama,saya tidak ingin lepaskan peluang untuk bergembira dengan kamu semua..Yang dah pergi tidak akan kembali semula,saya akan menjaga kesihatan diri baik-baik agar dapat menghadiri ke sekolah setiap hari..Kawan-kawan yang sedang diet,mesti mengamalkan pemakanan yang seimbang supaya kesihatan badan dijaga dengan baik..Semoga badan kamu akan menjadi langsing dengan secepat mungkin..
Tiada kesihatan maka tidak dapat buat apa yang disukai,saya berharap agar kesihatan saya akan menjadi seperti dahulu..Chia chin,jika kamu yakin boleh,kamu pasti boleh!!!^_^

hidup..生活。life..

Hidup bagai jalan yang amat panjang,kita tidak akan mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya..Tapi apa yana kita boleh lakukan adalah menjalani hidup dengan hati yang tabah serta menghargai segala yang ada di sisi kita semua..
Kita tidak jangka apa yang akan berlaku pada masa depan,tapi apa yang kita boleh buat adalah buat yang terbaik dalam segala perkara.Walaupun kadang-kala kita tidak dapat apa yang kita ingini,tetapi dalam proses berusaha,kita telah belajar banyak perkara serta mendapat pengalaman yang tidak dapat dipelajari dalam buku.
Bagi saya,hidup boleh jadi begitu ringkas sekiranya kita menghargai segala yang ada di sisi..Menghayati sesuatu perkara atau manghadapi masalah dengan hati yang terbuka dapat mengharungi segala kekangan.Tuhan telah memberi peluang untuk saya teruskan kehidupan,saya pernah berjanji sekiranya saya mampu saya akan membantu orang dengan sedaya upaya.
Saya bersyukur kerana ada keluarga,kawan-kawan,guru-guru yang sayang pada saya.Hidup saya penuh dengan kenangan yang manis walaupun penuh dengan pelbagai cabaran.Tanpa kalian,mungkin saya tidak setabah begini.Terima kasih kerana kalian semua telah memberi sokongan,kasih sayang kepada saya selama ini.Saya berjanji saya akan teruskan perjalanan saya dengan tabah dan berani.
Segala yang berlaku adalah ditentukan oleh tuhan,walaupun kita tidak dapat mengelakkannya,tetapi kita boleh hadapinya.Segala yang berlaku dalam kehidupan akan mengajar seseorang menjadi lebih tabah,itulah perkataan yang sering disebut oleh kita-"HIDUP"..