Thursday, November 12, 2009

hope..

Yeah,esok saya akan pergi ke sekolah.Bagi saya,ini adalah perkara yang gembira bagi saya..Saya tidak sabar-sabar nak berjumpa dengan kawan-kawan..Malam ini saya kata dengan teacher akan pergi alpha1 bersama dengan kawan-kawan yang lain..Bagi saya,betul-betul tidak sabar untuk menunggu ketibaan esok..

Hari ini sewaktu sms dengan teacher,saya dapat ihlam untuk menulis blog untuk malam ini.Tajuknya adalah "hope",dalam bahasa melayu bermaksud harapan.Tempoh saya berehat di rumah,saya berasa diri bagai orang yang membebankan orang di sisi saya.Kalau saya sihat,saya tidak akan menyusahkan orang lain.Saya masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri semua ini.

Pada saat ini,cuma adalah satu yang saya harapkan.Saya mesti tabah untuk menghadapi segala cabarannya tidak kira apa yang berlaku.Semua orang dilahirkan dengan keistimewaan tersendiri.Saya tidak lupai apa yang ibu kata dengan saya :"kamu adalah anak yang telah membanggakan saya."Sewaktu mendengar ini,saya tidak percaya bahawa saya adalah begitu unik untuk ibu.Saya tidak akan putus asa untuk menjayakan sesuatu perkara.Saya mesti cepat pulih dari sakit,dengan cara itu saya dapat melegakan hati orang yang berada di sisi saya.

Saya bukan seorang yang cepat mengaku kalah dalam melakukan sesuatu perkara,saya telah kembali dari pintu kematian selama dua kali.Saya akan menghargai nyawa saya yang dikurniakan oleh ibu.Saya tidak ingin melihat ibu bersusah payah untuk saya.Saya dah tahu untuk berdikari,saya mesti menjaga ibu saya dengan sedaya upaya..

Kawan-kawan,terima kasih atas dorongan dan sokongan yang kalian beri selama ini.Tanpa kalian,mungkin saya tidak dapat menyiapkan sesuatu tugas dengan sempurna.Dalila,yunie apa yang saya boleh berkata dengan kamu berdua ialah terima kasih dan minta maaf.Terima kasih kerana sudi berkongsi segala dengan saya,saya tidak lupa sewaktu menyambut hari jadi dalila;kita semua begitu gembira..Kamu berdua adalah teladan saya untuk belajar.

**"Hope,give us happiness.
Hope,teach us to study the new things in life.
Are you believe that?For me,the answer is "yes"....**

^_^:Teacher afiqah,thanks because you teach me alot of things in my life,i know what should i do from now.I will start my new life and work hard for my future~~

bintang..star..

Semalam saya telah demam pada waktu malam,bagi saya demam adalah perkara yang paling teruk dalam kehidupan.Sakit tulang yang teramat sangat bukan perkara yang senang bagi saya,tapi saya kata dengan diri mesti bertahan sampai saat yang terakhir.Demam akan menguatkan semangat saya untuk teruskan perjuangan saya terhadap diri sendiri..
Semalam saya bersembang dengan dalila melalui telefon bimbit,dalila kata teacher tanya tentang saya..Thanks alot ya,teacher!Saya ni selalu tidak hadir ke sekolah kerana sering tidak sihat,semua mata pelajaran yang saya belajar di sekolah boleh kata tidak secukupnya.Sering tidak ada di dalam kelas sewaktu cikgu ajar,adakah ini tanggungjawab seorang pelajar?Saya mesti belajar berusaha berbanding dengan orang lain,saya telah banyak ketingglan berbanding dengan kawan-kawan..
Semalam waktu saya membawa adik saya balik dari kerja,saya melihat bintang yang ada di langit.Walaupun hanya ada sebutir bintang sahaja,namun ia adalah perkara yang sangat menggembirakan saya.Bagi saya,bintang ada makna yang istimewa bagi saya.Sewaktu rasa tidak gembira,saya suka memandang langit pada waktu malam.Bintang yang ada pada langit bagai semangat untuk saya.Walaupun bintang jauh daripada kita,namun saya kagum dengan semangat mereka yang tidak putus asa.Walaupun hanya sebutir bintang pada langit,tetapi ia telah mencantikkan langit yang tidak bersemangat pada waktu malam..
Hidup kita mesti mengharungi pelbagai rintangan,kita msti belajar seperti bintang yang ada di langit..Bintang,adakah kamu akan menunaikan hasrat sya?Saya berharap kamu akan membawa kebahagiaan kepada orang yang ada di sisi saya..