Hari ini adalah hari yang tergembira bagi saya.Dalila menunjukkan gambar dia pada zaman kanak-kanak.Haha,ini adalah kali pertama kawan berkongsi gambarnya bersama dengan saya,saya rasa begitu bertuah kerana kawan saya sudi berkongsi dengan saya.Terima kasih ya,dalila.
Sewaktu dalila menceritakan segalanya kepada saya,saya dapat merasai perasaan yang tiada sebelum ini.Dalila begitu merindui ibunya yang telah meninggal dunia.Walaupun dia tidak mengatakan begitu,saya dapat merasai melalui air muka dia.Adakah ini salah saya,saya minta dalila untuk membawa gambar untuk berkongsi dengan saya,adakah saya telah ungkitkan perasaan rindu dia terhadap ibunya?
Sebenarnya,saya kagum dengan dalila.Walaupun ibunya tiada di sisinya,namun dia begitu bersemangat untuk teruskan hidup dia.Sewaktu dalila kata dia tidak pernah memotong kek hari jadi sejak ibunya meninggal dunia,saya dapat rasa bahawa saya adalah anak yang begitu bahagia..Jangan risau,dalila selagi kee ada dalam dunia ini saya tidak akan lupa untuk meraihkan hari jadi kamu..Kamu berpeluang untuk memotong kek setiap tahun,kamu tidak akan rasa sunyi semasa hari jadi..
Memori~~perkara yang bergembira dan segala kenangan yang simpan di dalam hati..Ia akan mengajar kita hidup lebih berdikari,mengejar impian dengan begitu bersungguh-sungguh.Terima kasih ya,dalila kerana sudi berkongsi dengan saya.Dalam memori saya,saya tidak akan lupai kerana kamu telah memenuhkan memori saya....