Semalam ke sekolah untuk rehearsel untuk perhimpunan pada hari isnin.Sebenarnya,bukan ramai yang pergi antara kelas tingkatan enam tetapi boleh berjumpa dengan kawan-kawan.Saya rasa begitu gembira sekali!
Bangun dari tidur,saya ada perasaan muntah yang kuat..Saya cuba tahannya tetapi akhirnya saya kalah juga.Badan saya yang telah menang segalanya,saya telah muntah...
Sewaktu tiba ke sekolah,saya ingat saya yang telah lewat dan rehearsel telah bermula.Sewaktu berjumpa dengan teha dan kawan-kawan barulah hati saya berasa lega..
Teha tanya adakah saya telah bersarapan,saya kata dengan dia saya belum bersarapan.Sewaktu teha balik dari 7-11,dia telah membeli roti untuk saya!Terima kasih ya,teha kerana ambil berat tentang saya.Saya rasa begitu terharu dan bersyukur kerana Tuhan telah mengurniakan kawan yang begitu baik untuk saya...
Teha,taniah juga kerana telah dipilih sebagai ketua pelajar,sebagai kawan kamu saya berasa begitu bangga..Saya berharap kamu tidak akan putus asa untuk melakukan yang terbaik untuk diri sendiri..Saya akan sokong kamu tidak kira apa yang berlaku...^^
No comments:
Post a Comment