Wednesday, November 23, 2011
Shining Friends-special 4 dalila..^^
Dalila,minta maaf sangat kerana dah lama tidak tulis blog untuk kamu..Entah kenapa,beberapa hari ini saya ingat apa yang kamu post di facebook saya..Begitu terharu bagi saya sebagai sahabat kamu!
Jangan berasa kamu tidak mempunyai apa-apa apabila kamu dalam keadaan yang sedih,cuma fikir secara positif.Kita bersyukur kerana dikurniakan dengan badan yang sempurna dan tidak mempunyai sebarang kecacatan.Bukan semua orang mempunyai peluang begitu.Kita dikurniakan kasih sayang yang diberi oleh ahli keluarga,dalila pernah kata bahawa mesti berjaya pada suatu hari nanti..Apabila kamu dalam keadaan yang ingin putus asa,cuba memikir ayah dan adik kamu yang rindu kamu di Kuala Lumpur.Kee sangat pasti mereka tidak ingin melihat dalila sedih dan putus asa!
Kee sangat risau dalila dalam keadaan yang sedih dan tidak gembira di Sabah..Jangan risau Dalila,masalah kamu tidak akan menggangu saya.Saya berasa sangat gembira kerana dapat berkongsi kegembiraan dan kesedihan dengan kamu.Saya bangga menjadi kawan dalila..Boleh kita menjadi rakan untuk selama-lamanya?Sahabat adalah orang yang boleh memberi sokongan dan bimbingan dalam hidup.Tiada apa yang dikatakan menyusahkan..Sejak saya mengenali dalila,kita ditakdir untuk menjadi sahabat yang rapat~^_____________^
Lagu"shinig friend" ini sangat bermakna..Apa yang dinyayi di dalam lirik seperti apa yang saya ingin berkata dengan dalila.Kee akan selalu berdoa agar dalila selalu dalam keadaan yang sihat dan gembira!Jangan takut untuk menghadapi segala dugaan,tiada apa yang kita akan peroleh sekira kita tidak pernah berjuang dengan bersungguh-sungguh~Saya tahu dalila pasti boleh !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment